
Selamat petang semua...=)
Sesungguhnya Allah sangat pemurah kepada hamba2Nya dan tidak putus2 mengurniakan rezeki dan nikmat-NYA kepada sesiapa yg dikehendaki-NYA.
Saya bersyukur dgn rezeki yg dkurniakan Allah buat saya dan kelurga. Alhamdulillah juga Allah masih mengurniakan nikmat-NYA yg melimpah-ruah buat kite semua. =)
Rezeki Allah tidak akan berhenti selagi mana kita berusaha untuk mendapatkannya. Allah juga tidak akan memberi rezekinya dgn mudah tanpa kita berusaha. Sesungguhnya rezeki Allah itu luas, kalau kita berusaha untuk mendapatkannya, InsyaAllah, Allah pasti akan perkenankan.
Allah melihat pada usaha kita bukan pada hasilnya. Banyak dan bersungguh2 yang diusahakannya, maka besarlah hasilnya. Jika sikit usahanya, maka sikit jugalah hasilnya. Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada hamba2-NYA.
Allah melihat pada usaha kita bukan pada hasilnya. Banyak dan bersungguh2 yang diusahakannya, maka besarlah hasilnya. Jika sikit usahanya, maka sikit jugalah hasilnya. Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada hamba2-NYA.
Antara amalan2 untuk Murah Rezeki...=)
1. Menyegerakan diri untuk beribadah.
2. Memperbanyak istighfar.
3. Tinggalkan perbuatan dosa.
4. Sentiasa ingat Allah.
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa.
- Dalam hadith riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yg ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
- Baginda s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat at-Tabrani)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.
7. Tunaikan hajat orang lain.
8. Banyak berwelawat.
10. Berpagi-pagi.
- Sabda Rasulullah s.a.w. "berpagi2 (memulakan aktiviti harian sebaik2 selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yg berkat.
11. Menjalin silaturrahim.
12. Melazimi kekal berwuduk.
13. Bersedekah.
14. Melazimi solat malam (tahajjud)
15. melazimi solat Dhuha.
16. Bersyukur kepada Allah.
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat al-Quran tertentu.
18. Berdoa.
- Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-NYA. Allah menyuruh hamba2-NYA, nescaya DIA akan memakbulkannya.
19. Berikhtiar.
20. Bertawakal.
p/s: Teruskan usaha dan jangan berputus asa untuk memohon rahmat Allah.
Jangan berbangga dengan apa yg kita ada, sedarlah segala2nya milik mutlak Allah.
No comments:
Post a Comment