sekapur sireh

Tuesday 9 July 2013

ahlan wasahlan ya ramadhan...



=> tingkatkan segala amalan..mudah2hn bulan ini dapat memperbaiki ape yg sppttnye diperbaiki.. insyaallah.

Saturday 25 May 2013

Senyum itu Ibadah


Assalamu'alaikum semua...=)

Mudah2han korang semua dalam keadaan sihat wal'afiat.

comey kan budak dlm gmbr ni senyum. korang smua mesti tau kan yg senyum ni 1 sedekah.

Kalau tau, senyum la bile kita jumpa org. Tak semestinya dgn org yg kite kenal je..Klu kita tak kenal pun, tak salahkan klu kita senyum.=)

tapi hanya senyum yg semata2 kerana Allah taw...
    Rasulullah s.a.w bersabda:
"SENYUMAN kepada saudaramu adalah sedekah"
(riwayat al-Tarmizi & al-Bukhari)

Mesti familiar kn dgn mksud hadith ni...
Ckup dgn senyuman kpd seseorg, kita tlh dikra bersedekah...=)


Menurut Ustaz Syed NorHisyam Tuan Padang dl majalah Solusi isu 54...Rasulullah mengaitkan senyuman dgn keimanan. Hnya org yg benar2 beriman akn bersungguh2 untuk mgejar pahala sedkah semudah ni.

Namun, pahala tidak akan dicatat sekiranya korg hanya tersenyum bila tabung derma digerakkan ke arah korg. senyuman kd tabung derma bukan sedekah. Hanya senyuman =) kepada manusia dikira sebagai sedekah.

Senyum itu Sunnah

Setiap kali korg tersenyum, niatkan untuk mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda mengingatkan bahawa...
"janganlah kamu memandang hina (mengangp remeh) untuk melakukan amal soleh yg kecil walaupun sekadar memandang wajah saudaramu dengan SENYUMAN" =)

Ibn 'Alan menyatakan dl kitab Dalil al-Falihin:
"SENYUMAN seseorg dat menjinakkan hati saudaranya dan membuang perasaan takut dan segan terhadapnya. Ketika seseorg tersenyum, akan lahirlah kasih sayang dan jalinan hati yg amat digalakkan sesama Mukmin."

Senyum Amalan Rasulullah s.a.w

Wajah Rasulullah s.a.w sentiasa terpancar cahaya kasih sayang terutamanya dgn ukiran senyuman yg menenangkan hati2 yg gundah dan membahagiakan setiap insan yg bersua dgn Baginda.

Buktinya, para sahabat akan pulang dgn hati yg penuh bahagia dan gembira selepas ertemuan dgn Rasulullah s.a.w.

Maka contohilah Baginda yg memiliki kemahiran berkomunikasi yg sgt hebat.

2 Jenis Senyum : 
Senyuman Professional VS Senyuman Sunnah

Seseorg yg mempunyai perwatakan hebat dlm karier akn mudah tersenyum & amat disenangi ketika berurusan dgnnya.

Sekiranya dia menjaga kaunter, pastinya pelanggan yg berkunjung akan berpuas hati.
Sekiranya dia menguruskan bahagian pemasaran, pastinya jualan akan meningkat.
Akan tetapi...
Amat menyedihkan apabila pulang ke rumah dan bersama isteri mahupun keluarganya, dia akan bertukar menjadi seerti seekor singa kelaparan. Tiada senyuman dan gurauan.=(

Haa... Itulah SENYUMAN PROFESSIONAL. Senyuman yg bukan lahir dr iman. Senyuman yg bukan tulus utk mendapatkan pahala sedekah yg dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. Senyuman professional hny utk org dan tujuan tertentu sahaja.

Sedangkan SENYUMAN SUNNAH pula, senyuman =) jenis ni tidak akan memilih bulu. Ia hadir drpd ht yg suci dgn keimanan kpd janji Rasulullah s.a.w.

Jadi...
SENYUMLAH =) =) =)
anda pasti akan bahagia...=)
Pilihlah untuk SENYUM SUNNAH daripada SENYUM PROFESSIONAL..

p/s: Senyum tak perlu kata apa2...tak susahkan..

Friday 24 May 2013

RaHsiA PeRnIagaAn RasuluLah.

Salam Jumaat semua (^.^) 
mudah2han berada dalam rahmat dan plndungan Allah s.w.t. 
Petang ni saya nak share tntg kunci sebuah perniagaan yang berjaya berdasrkan cara Rasulullah s.a.w. 

Ada sesiapa berniat atau berminat nak berurus niaga???
Klu sesiapa yang minat untuk berniaga, teruskanlah. 
Tapi jadilah ahli perniagaan yang berjaya kerana mencari keredhaan Allah dan bukan mengharapkan keuntungan semata2. Mencari keuntungan tanpa redha Allah, tiada maknanya...kan..kan..kan..=)

Kita pun kena sedar dan sentiasa ingat, rezeki semua datang dari Allah s.w.t..
Klu niat kita nk berniaga ke atau nak buat apa2 kerja pun dah salah, bila2 masa je Allah boleh tarik balik nikmat yg kita dapat tu...
Jadi jgn berbangga sgtla klu ad harta byk tp tak ingat Allah..
tak ke mana pun..takde keberkatan.
betul tak???

Dalam perniagaan kita kena jujur. Zaman skrg kita selalu dgr ad org guna pelaris sbb nak ramai plggan..
Guna bukan2 yg slh di sisi agama untuk kpntingan sndiri,
takkan pernah dapt redha Allah.
Ingat...

Berdasarkan buku Manajemen Bisnes Syariah tulisan Abu Hasan, beliau ada mengungkapkan rahsia kunci kejayaan nabi Muhamad.
JOM kita teliti rahsia kejayaan Rasulullah s.a.w dalam perniagaan..:
  • Bekerja sebagai jalan menuju Syurga. Bekerja bukan semata2 untuk kehidupan di dunia, tetapi diniatkan sebagai melakukan ibadah.
  • Tidak pernah main2 dengan kejujuran dan kepercayaan. Dua perkara tersebut adalah salah satu kunci kejayaanya. Kejujuran akan menimbulkan kepercayaan untuk hubungan bisnes dalam jangka masa yang panjang.
  • Berfikir terbuka, kreatif dan siap menghadapi perubahan. Segala usaha mesti dikembangkan dgn visi jauh ke hadapan.
  • Memiliki perencanaan dan tujuan yang ingin dicapai. Rasulullah s.a.w. selalu merencanakan pekerjaan dgn baik dan melakukannya dgn penuh ketekunan, ketelitian dan kecerdasan untuk mencapai kejayaan.
  • Menjaga orang bawahan dgn baik. Rasulullah s.a.w menyampaikan anjuran memberikan gaji pegawai, dgn kiasan sebelum kering peluhnya.
  • Mengembangkan usaha dgn strategi yang baik. Contohnya, kerjasama Nabi s.a.w dgn Siti Khadijah dalam bisnes yg menghasilkan keuntungan dgn strategi.
  • Semua pekerjaan dilakukan dgn kasih sayang dan cinta. Dgn itu, tidak ada unsur pksaan dlm menjalankan setiap keputusan.
  • Pandai bersyukur dan ucp terima kasih atas apa yg diperoleh. Dgn brsyukur itu la kita dijanjikan oleh Allah s.w.t untuk ditambah rezeki. 
  • Selalu berusaha menjadi yg paling bermanfaat bg yg lain.
p/s: Andai tiada hasil dlm apa yg kita usahakan, jgn salahkan takdir Allah sebaliknya kita renung dan muhasabah semula di mana silap kita.

Monday 20 May 2013

KHASIAT HABBATUS SAUDA

Assalamu'alaikum. Selamat malam semua. Pernah dengar tak kordial Habbatussauda??? Mungkin jugak ada yang dah pernah minum air kordial Habbatussauda ni kan... macam mane raseny..mesti sedapkan. Lagipun mudah je nak sediakan air ni..hanya memerlukan air panas atau sejuk dan kordial Habbatussauda.

Selain minuman, kordial Habbatussauda juga boleh digunakan dalam masakan contohnya ketika membuat kek, agar2, dan puding. Sapa2 yang berminat bole la try and practice k..=)

Ekstrak Za'fa (Kordial Habbatus sauda) merupakan produk yang bermutu tinggi dan telah dihasilkan dengan menggunakan jintan hitam atau Habbatus sauda yang mempunyai pelbagai khasiat. Rasanya yang sedap dan menyegarkan sangat sesuai untuk diminum pada bila2 masa tak kira umur. Jadi, kalau ada tetamu yang datang ke rumah pun, amatlah sesuai kalau dihidang dengan minuman kesihatan ni.
Bukan mahal pun, cuma agak susah nak dapat stok kordial ni.(-.-)

      Dari sumber yang saya baca dan jumpa, dalam kitab al Tibb An-Nabawi (Perubatan cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Habbatus sauda juga dikenal dengan al-Habbah al-Barokah. Dalam kitab tersebut ada menyatakan bahawa Habbatus sauda dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan. Suatu ulasan ilmu kedoktoran mendapati pelbagai khasiat antaranya...
  • Memberi Tenaga = keletihan, sakit2 badan, mudah mengantuk.
  • Meningkatkan Imunisasi = mengelakkan dari jgkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk penghidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit.
  • Anti Inflamasi = mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru2), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
  • Saluran Pernafasan = melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)
  • Anti Histamin = mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma.
  • Anti Bakteria = mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil.
  • Penyakit Wanita = membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan.
  • Saluran Perkumuhan = merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan.
  • Anti Parasit = membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak2 (lebih dr 5 tahun)
  • Meningkatkan Daya Ingatan = mempunyai asid omega 6 dan asid oomega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan.
  • Merawat Tenaga Batin = impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
  • Mengecutkan Ketumbuhan (ANTI-TUMOR) = sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain2.
  • Mengawal Kolestrol dan Kadar Gula.
Antara lain khasiat dan kebaikan Habbatus sauda ni...=)

1. Menyahtoksid tubuh.

2. Melancarkan pengeluaran angin.

3. Mengelakkan kembung perut, demam, batuk dan selsema.

4. Meneutralkan asid gastrik.

5. Mengurangkan masalah jerawat dan penyakit kulit.

6. Mengurangkan pertumbuhan uban.

7. Mengurangkan paras gula dalam darah.

8. Mengurangkan migrain.

9. Mengurangkan tahap kolestrol.

10. Mengatasi masalah keguguran rambut.

11. Mengatasi gangguan tidur dan stress.

12. Mengatasi keputihan.

13. Mengatasi sembelit.

14. Menghilangkan bau tidak menyenangkan ketika haid.

15. Mengeratkan lagi hubungan intim suami isteri.

16. Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit pernafasan.

17. Meningkatkan metabolisme tubuh.

18. Meningkatkan antibodi/sistem pertahanan tubuh.

19. Mencegah penyakit radang.

20. Amalam berterusan boleh menjadi penawar pelbagai penyakit kronik.


p/s --> jom sama2 try amalkan minum air habbatussauda.=>

Friday 17 May 2013

Rezeki dari Allah...



Selamat petang semua...=)
Sesungguhnya Allah sangat pemurah kepada hamba2Nya dan tidak putus2 mengurniakan rezeki dan nikmat-NYA kepada sesiapa yg dikehendaki-NYA.

Saya bersyukur dgn rezeki yg dkurniakan Allah buat saya dan kelurga. Alhamdulillah juga Allah masih mengurniakan nikmat-NYA yg melimpah-ruah buat kite semua. =)

Rezeki Allah tidak akan berhenti selagi mana kita berusaha untuk mendapatkannya. Allah juga tidak akan memberi rezekinya dgn mudah tanpa kita berusaha. Sesungguhnya rezeki Allah itu luas, kalau kita berusaha untuk mendapatkannya, InsyaAllah, Allah pasti akan perkenankan.

Allah melihat pada usaha kita bukan pada hasilnya. Banyak dan bersungguh2 yang diusahakannya, maka besarlah hasilnya. Jika sikit usahanya, maka sikit jugalah hasilnya. Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada hamba2-NYA.

Antara amalan2 untuk Murah Rezeki...=)

1. Menyegerakan diri untuk beribadah.
2. Memperbanyak istighfar.
3. Tinggalkan perbuatan dosa.
4. Sentiasa ingat Allah.
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa.
  • Dalam hadith riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yg ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
  • Baginda s.a.w. juga bersabda:  "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat at-Tabrani)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.
7. Tunaikan hajat orang lain.
8. Banyak berwelawat.


9. Buat kebajikan banyak2.
10. Berpagi-pagi.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. "berpagi2 (memulakan aktiviti harian sebaik2 selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yg berkat.
11. Menjalin silaturrahim.
12. Melazimi kekal berwuduk.
13. Bersedekah.
14. Melazimi solat malam (tahajjud)
15. melazimi solat Dhuha.
16. Bersyukur kepada Allah.
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat al-Quran tertentu.
18. Berdoa.
  •  Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap    pada rahmat dan pemberian dari-NYA. Allah menyuruh hamba2-NYA, nescaya DIA akan memakbulkannya.
19. Berikhtiar.
20. Bertawakal.

p/s: Teruskan usaha dan jangan berputus asa untuk memohon rahmat Allah.
Jangan berbangga dengan apa yg kita ada, sedarlah segala2nya milik mutlak Allah.

Hikmah Wakaf

Salam Jumaat... salam penghulu segala hari.
selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi kita Nabi Muhamad shollallahu 'alaihi wasallam.

...erm hari ini saya nak share sikit tentang wakaf...
kalau korang nak tau wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang dituntut dalam Islam. Antara lain, pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Alah s.w.t kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.:)
    Kita boleh mewakafkan harta benda seperti wakaf telekung di masjid2 dan surau2, wakaf tanah, al-Quran, dan segala harta yang kekal 'ainnya. Kalau nak wakaf makanan tak boleh la kan..makanan kan cepat habis dan tak tahan lama. so, tak salah pun kalau kita menginfaqkan harta kita dgn niat semata-mata kerana Allah tapi bukan mengharapkan balasan dan pujian dari orang. nanti rosak amalan kita =) tapi kalau untuk dijadikan contoh supaya orang lain ikut, xsalah kan..=D

Pengertian WAKAF ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, perwarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan fizikalnya ('ain).

Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah, oleh sebab itu harta wakaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi, dan dipusakai.

Justeru, Allah telah mensyariatkan wakaf sebagai satu agenda untuk mendekatkan diri kepada Allah dan sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Pemurah hendak memberi pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka di jalan Allah.

Antara hikmah yang dapat diperolehi dalam ibadah wakaf ialah:-
  • Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah s.w.t.
  • Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia.
  • Berkongsi manfaat dikalangan umat Islam dalam menyemarakkan syi'ar Islam.
  • Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat Islam di negara ini khusunya.
Firman Allah yang bermaksud:
"dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, makamereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang2 yang bertaqwa." [surah al-Imran: 115]

p/s: jom beramal...=) salam rejab semua.