
selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi kita Nabi Muhamad shollallahu 'alaihi wasallam.
...erm hari ini saya nak share sikit tentang wakaf...
kalau korang nak tau wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang dituntut dalam Islam. Antara lain, pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Alah s.w.t kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.:)
Kita boleh mewakafkan harta benda seperti wakaf telekung di masjid2 dan surau2, wakaf tanah, al-Quran, dan segala harta yang kekal 'ainnya. Kalau nak wakaf makanan tak boleh la kan..makanan kan cepat habis dan tak tahan lama. so, tak salah pun kalau kita menginfaqkan harta kita dgn niat semata-mata kerana Allah tapi bukan mengharapkan balasan dan pujian dari orang. nanti rosak amalan kita =) tapi kalau untuk dijadikan contoh supaya orang lain ikut, xsalah kan..=D
Pengertian WAKAF ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, perwarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan fizikalnya ('ain).
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah, oleh sebab itu harta wakaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi, dan dipusakai.
Justeru, Allah telah mensyariatkan wakaf sebagai satu agenda untuk mendekatkan diri kepada Allah dan sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Pemurah hendak memberi pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka di jalan Allah.
Antara hikmah yang dapat diperolehi dalam ibadah wakaf ialah:-
- Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah s.w.t.
- Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
- Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia.
- Berkongsi manfaat dikalangan umat Islam dalam menyemarakkan syi'ar Islam.
- Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat Islam di negara ini khusunya.
Firman Allah yang bermaksud:
"dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, makamereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang2 yang bertaqwa." [surah al-Imran: 115]
p/s: jom beramal...=) salam rejab semua.


No comments:
Post a Comment