sekapur sireh

Friday, 24 May 2013

RaHsiA PeRnIagaAn RasuluLah.

Salam Jumaat semua (^.^) 
mudah2han berada dalam rahmat dan plndungan Allah s.w.t. 
Petang ni saya nak share tntg kunci sebuah perniagaan yang berjaya berdasrkan cara Rasulullah s.a.w. 

Ada sesiapa berniat atau berminat nak berurus niaga???
Klu sesiapa yang minat untuk berniaga, teruskanlah. 
Tapi jadilah ahli perniagaan yang berjaya kerana mencari keredhaan Allah dan bukan mengharapkan keuntungan semata2. Mencari keuntungan tanpa redha Allah, tiada maknanya...kan..kan..kan..=)

Kita pun kena sedar dan sentiasa ingat, rezeki semua datang dari Allah s.w.t..
Klu niat kita nk berniaga ke atau nak buat apa2 kerja pun dah salah, bila2 masa je Allah boleh tarik balik nikmat yg kita dapat tu...
Jadi jgn berbangga sgtla klu ad harta byk tp tak ingat Allah..
tak ke mana pun..takde keberkatan.
betul tak???

Dalam perniagaan kita kena jujur. Zaman skrg kita selalu dgr ad org guna pelaris sbb nak ramai plggan..
Guna bukan2 yg slh di sisi agama untuk kpntingan sndiri,
takkan pernah dapt redha Allah.
Ingat...

Berdasarkan buku Manajemen Bisnes Syariah tulisan Abu Hasan, beliau ada mengungkapkan rahsia kunci kejayaan nabi Muhamad.
JOM kita teliti rahsia kejayaan Rasulullah s.a.w dalam perniagaan..:
  • Bekerja sebagai jalan menuju Syurga. Bekerja bukan semata2 untuk kehidupan di dunia, tetapi diniatkan sebagai melakukan ibadah.
  • Tidak pernah main2 dengan kejujuran dan kepercayaan. Dua perkara tersebut adalah salah satu kunci kejayaanya. Kejujuran akan menimbulkan kepercayaan untuk hubungan bisnes dalam jangka masa yang panjang.
  • Berfikir terbuka, kreatif dan siap menghadapi perubahan. Segala usaha mesti dikembangkan dgn visi jauh ke hadapan.
  • Memiliki perencanaan dan tujuan yang ingin dicapai. Rasulullah s.a.w. selalu merencanakan pekerjaan dgn baik dan melakukannya dgn penuh ketekunan, ketelitian dan kecerdasan untuk mencapai kejayaan.
  • Menjaga orang bawahan dgn baik. Rasulullah s.a.w menyampaikan anjuran memberikan gaji pegawai, dgn kiasan sebelum kering peluhnya.
  • Mengembangkan usaha dgn strategi yang baik. Contohnya, kerjasama Nabi s.a.w dgn Siti Khadijah dalam bisnes yg menghasilkan keuntungan dgn strategi.
  • Semua pekerjaan dilakukan dgn kasih sayang dan cinta. Dgn itu, tidak ada unsur pksaan dlm menjalankan setiap keputusan.
  • Pandai bersyukur dan ucp terima kasih atas apa yg diperoleh. Dgn brsyukur itu la kita dijanjikan oleh Allah s.w.t untuk ditambah rezeki. 
  • Selalu berusaha menjadi yg paling bermanfaat bg yg lain.
p/s: Andai tiada hasil dlm apa yg kita usahakan, jgn salahkan takdir Allah sebaliknya kita renung dan muhasabah semula di mana silap kita.

No comments:

Post a Comment