Assalamu'alaikum semua...=)
Mudah2han korang semua dalam keadaan sihat wal'afiat.
comey kan budak dlm gmbr ni senyum. korang smua mesti tau kan yg senyum ni 1 sedekah.

Kalau tau, senyum la bile kita jumpa org. Tak semestinya dgn org yg kite kenal je..Klu kita tak kenal pun, tak salahkan klu kita senyum.=)
tapi hanya senyum yg semata2 kerana Allah taw...
Rasulullah s.a.w bersabda:
"SENYUMAN kepada saudaramu adalah sedekah"
(riwayat al-Tarmizi & al-Bukhari)
Mesti familiar kn dgn mksud hadith ni...
Ckup dgn senyuman kpd seseorg, kita tlh dikra bersedekah...=)
Menurut Ustaz Syed NorHisyam Tuan Padang dl majalah Solusi isu 54...Rasulullah mengaitkan senyuman dgn keimanan. Hnya org yg benar2 beriman akn bersungguh2 untuk mgejar pahala sedkah semudah ni.
Namun, pahala tidak akan dicatat sekiranya korg hanya tersenyum bila tabung derma digerakkan ke arah korg. senyuman kd tabung derma bukan sedekah. Hanya senyuman =) kepada manusia dikira sebagai sedekah.
Senyum itu Sunnah

"janganlah kamu memandang hina (mengangp remeh) untuk melakukan amal soleh yg kecil walaupun sekadar memandang wajah saudaramu dengan SENYUMAN" =)
Ibn 'Alan menyatakan dl kitab Dalil al-Falihin:
"SENYUMAN seseorg dat menjinakkan hati saudaranya dan membuang perasaan takut dan segan terhadapnya. Ketika seseorg tersenyum, akan lahirlah kasih sayang dan jalinan hati yg amat digalakkan sesama Mukmin."
Senyum Amalan Rasulullah s.a.w
Wajah Rasulullah s.a.w sentiasa terpancar cahaya kasih sayang terutamanya dgn ukiran senyuman yg menenangkan hati2 yg gundah dan membahagiakan setiap insan yg bersua dgn Baginda.
Buktinya, para sahabat akan pulang dgn hati yg penuh bahagia dan gembira selepas ertemuan dgn Rasulullah s.a.w.
Maka contohilah Baginda yg memiliki kemahiran berkomunikasi yg sgt hebat.
2 Jenis Senyum :
Senyuman Professional VS Senyuman Sunnah
Seseorg yg mempunyai perwatakan hebat dlm karier akn mudah tersenyum & amat disenangi ketika berurusan dgnnya.
Sekiranya dia menjaga kaunter, pastinya pelanggan yg berkunjung akan berpuas hati.
Sekiranya dia menguruskan bahagian pemasaran, pastinya jualan akan meningkat.
Akan tetapi...
Amat menyedihkan apabila pulang ke rumah dan bersama isteri mahupun keluarganya, dia akan bertukar menjadi seerti seekor singa kelaparan. Tiada senyuman dan gurauan.=(
Haa... Itulah SENYUMAN PROFESSIONAL. Senyuman yg bukan lahir dr iman. Senyuman yg bukan tulus utk mendapatkan pahala sedekah yg dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. Senyuman professional hny utk org dan tujuan tertentu sahaja.
Sedangkan SENYUMAN SUNNAH pula, senyuman =) jenis ni tidak akan memilih bulu. Ia hadir drpd ht yg suci dgn keimanan kpd janji Rasulullah s.a.w.
Jadi...
SENYUMLAH =) =) =)
anda pasti akan bahagia...=)
Pilihlah untuk SENYUM SUNNAH daripada SENYUM PROFESSIONAL..
p/s: Senyum tak perlu kata apa2...tak susahkan..