sekapur sireh

Saturday, 20 April 2013

Jangan Derhaka Wahai Anak...

Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam hidup kita. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Andai mereka boleh menjaga anak-anak yang ramai bilangannya, mengapakah kita sebagai anak sanggup untuk merungut, dan menderhaka kepada mereka???

Kita boleh lihat pada zaman ini...
Anak-anak sanggup menghalau ibu bapa mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk melawat anak-anak mereka...
alasannya, malu untuk mengaku bahawa mereka adalah ibu bapanya...
mereka malu apabila melihat ibu bapanya dengan berpakaian lusuh...
malu kerana mereka miskin...
malu kerana mereka sudah tua...
tetapi...
tidak sedarkah anak-anak bahawa yang berpakaian lusuh, miskin, dan tua itulah orang yang telah menjaga mereka sejak kecil lagi,
menyediakan segala keperluan untuk keselesaan anak-anak dengan baik..
menghantar mereka ke sekolah supaya menjadi orang yang berjaya...
namun,
apabila anak-anak meningkat dewasa dan berjaya serta mempunyai harta...
mereka mengenepikan ibu bapa mereka tanpa rasa belas kasihan..





Antara keratan-keratan akhbar yang pernah disiarkan di surat khabar.

Bersama-samalah kita renung kembali...
Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai anak dengan sebaik2nya???
Sebagai anak, hormatilah ibu bapa kita walau bagaimanapun keadaan mereka. Andai mereka sakit, doakanlah supaya mereka segera sihat kembali. Jaga dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita.

Sebagaimana maksud firman Allah S.W.T.,
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya  perkataan 'ah', dan janganlah engkau membentak (menengking) mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik*. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang, dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku! sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah memelihara dan mendidikku sejak kecil."
(Surah al-Isra':23-24)

*Mengucapkan kata 'ah' kepada orang tua tidak dibolehkan dalam agama, apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

video: ibu bapa adalah cermin kepada anak2.
tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak2.

Kesimpulannya, selagi mereka masih ada hormatilah dan berbaktilah kepada mereka dengan sebaik2nya. Janganlah disebabkan mereka sudah tua dan tidak berdaya, anak2 mengenepikan ibu bapa kerana merasa terbeban.
 "Sesungguhnya keredhaan Allah S.W.T. terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa."

===> Ingatlah jasa dan pengorbanan ibu bapa kita.

Friday, 12 April 2013

Cara Khusyuk Dalam solat



SOLAT merupakan tiang agama. Barangsiapa yang menunaikan solat, sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya, barangsiapa meninggalkan solat, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya...

Na'udzubillahi min dzalik...

SOLAT juga dikaitkan dengan KHUSYUK...
Khusyuk membawa maksud menghadirkan diri dalam solat, tunduk dan merasa rendah diri dengan menumpukan minda, menenangkan hati dan anggota ketika solat semata-mata kerana Allah.

Khusyuk juga sangat dituntut oleh Allah berdasarkan Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"sesungguhnya beruntunglah orang2 yang beriman, (iaitu) orang2 yang khusyuk dalam solatnya"
(surah al-Mukminun:1-2)

Setiap orang yang beragama Islam pastinya mahu menunaikan solat wajib 5 waktu dengan sempurna dan khusyuk..
Saya sendiri sedang berusaha untuk khusyuk ketika ber'dating' dengan Allah. Namun Syaitan tidak akan berhenti untuk mengganggu hamba2NYA yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah.
Justeru, ada banyak cara untuk mendapatkan kekhusyukan dalam solat...

Antaranya...
  • Melakukan persiapan untuk menunaikan solat.
  •  bermula dari menjawab lafaz yang diseru oleh mu'azzin (juru azan), mengucapkan doa selepas azan, dan kemudian mengambil wudu' dgn sempurna dan doa selepasnya. Selain itu, memastikan tempat solat bersih, memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat serta wangi2an, dan solat diawal waktu.
  • Toma'ninah (tenang) ketika solat.
  • Mengingati kematian ketika solat.
  • Menghayati makna ayat2 dan semua zikir yang dibaca ketika solat serta sentiasa berinteraksi dengannya.
  • Membaca ayat2 dengan berhenti pada setiap ayat.
  • Tertib ketika melakukan bacaan dan memperbaiki suara.
  • Meyakini bahawa Allah s.w.t. menjawab apa yang diucapkan ketika solat.
  • Solat di tempat yang di hadapannya ada sitrah
  • Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri.
  • Mengarahkan pandangan ke tempat sujud.
  • Menggerak - gerakkan jari telunjuk.
  • Meragamkan bacaan surah, ayat, zikir dan doa ketika solat.
  • Sujud tilawah apabila bacaan al - Quran sampai pada ayat yang menganjurkan bersujud.
  • Membaca ta'awwuz Khanzab dan penipuannya.
  • Merenungi keadaan ulama' salaf dalam solat mereka.
  • Memahami manfaat khusyuk.
  • Bersungguh - sungguh dalam berdoa pada setiap bahagian solat, khusus saat sujud.
  • Zikir - zikir sesudah solat.

CARA MENGHINDARI PERKARA YANG BOLEH MENGHILANGKAN KEKHUSYUKAN DALAM SOLAT.

  • Menyingkirkan sesuatu yg menggangu tumpuan orang yang dari tempatnya.
  • Tidak solat dengan pakaian yg pelbagai jenis corak.
  • Tidak solat ketika makanan sudah dihidangkan.
  • Tidak solat dengan menahan kentut/buang air
  • Tidak solat saat dikuasai oleh rasa mengantuk.
  • Tidak solat di belakang orang yg bercakap atau orang yg tidur.
  • Tidak mengusap pasir/debu.
  • Tidak menguatkan bacaan sehingga menggangu yg lain.
  • Tidak menoleh dalam solat.
  • Tidak menadahkan pandangan ke langit.
  • Tidak meludah ke arah depan ketika solat.
  • Berusaha menahan keinginan menguap dalam solat.
  • Tidak bercekak pinggang dalam solat.
  • Tidak menjulurkan kain dalam solat.
  • Tidak meniru sikap haiwan.

p/s => marilah kita sama2 berusaha untuk mendapatkan kekhusyukan ketika ber'dating dengan Khaliq yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang. Selamat beramal =>




SUMBER 
buku : cara mengahadirkan diri dalam solat
Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid

BH forum (agama)


"Meriahkan masjid dengan mengisi pelbagai aktiviti yang menarik, Insyaallah akan dapat menarik perhatian para belia dan masyarakat Islam untuk mema'murkan masjid. Jangan biarkan masjid sepi dan sunyi tanpa pengisian2 yang bermanfaat."


First time dapat publish artikel dalam BH ruangan forum. Alhamdulillah. Hampir 2 minggu saya hantar ke rata2 email newspaper tapi tak sangka publish juga akhirnya. Sebelum ni saya publish di BH online tapi pihak mereka tak edit pun. Hampir2 nak submit pada lecturer yang online punya. Terima kasih pada Dr. Faizal dan kawan2 yang tolong semak artikel saya.:) terima jugak kepada newspaper BH sebab publishkan artikel saya.