sekapur sireh

Friday, 12 April 2013

Cara Khusyuk Dalam solat



SOLAT merupakan tiang agama. Barangsiapa yang menunaikan solat, sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya, barangsiapa meninggalkan solat, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya...

Na'udzubillahi min dzalik...

SOLAT juga dikaitkan dengan KHUSYUK...
Khusyuk membawa maksud menghadirkan diri dalam solat, tunduk dan merasa rendah diri dengan menumpukan minda, menenangkan hati dan anggota ketika solat semata-mata kerana Allah.

Khusyuk juga sangat dituntut oleh Allah berdasarkan Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"sesungguhnya beruntunglah orang2 yang beriman, (iaitu) orang2 yang khusyuk dalam solatnya"
(surah al-Mukminun:1-2)

Setiap orang yang beragama Islam pastinya mahu menunaikan solat wajib 5 waktu dengan sempurna dan khusyuk..
Saya sendiri sedang berusaha untuk khusyuk ketika ber'dating' dengan Allah. Namun Syaitan tidak akan berhenti untuk mengganggu hamba2NYA yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah.
Justeru, ada banyak cara untuk mendapatkan kekhusyukan dalam solat...

Antaranya...
  • Melakukan persiapan untuk menunaikan solat.
  •  bermula dari menjawab lafaz yang diseru oleh mu'azzin (juru azan), mengucapkan doa selepas azan, dan kemudian mengambil wudu' dgn sempurna dan doa selepasnya. Selain itu, memastikan tempat solat bersih, memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat serta wangi2an, dan solat diawal waktu.
  • Toma'ninah (tenang) ketika solat.
  • Mengingati kematian ketika solat.
  • Menghayati makna ayat2 dan semua zikir yang dibaca ketika solat serta sentiasa berinteraksi dengannya.
  • Membaca ayat2 dengan berhenti pada setiap ayat.
  • Tertib ketika melakukan bacaan dan memperbaiki suara.
  • Meyakini bahawa Allah s.w.t. menjawab apa yang diucapkan ketika solat.
  • Solat di tempat yang di hadapannya ada sitrah
  • Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri.
  • Mengarahkan pandangan ke tempat sujud.
  • Menggerak - gerakkan jari telunjuk.
  • Meragamkan bacaan surah, ayat, zikir dan doa ketika solat.
  • Sujud tilawah apabila bacaan al - Quran sampai pada ayat yang menganjurkan bersujud.
  • Membaca ta'awwuz Khanzab dan penipuannya.
  • Merenungi keadaan ulama' salaf dalam solat mereka.
  • Memahami manfaat khusyuk.
  • Bersungguh - sungguh dalam berdoa pada setiap bahagian solat, khusus saat sujud.
  • Zikir - zikir sesudah solat.

CARA MENGHINDARI PERKARA YANG BOLEH MENGHILANGKAN KEKHUSYUKAN DALAM SOLAT.

  • Menyingkirkan sesuatu yg menggangu tumpuan orang yang dari tempatnya.
  • Tidak solat dengan pakaian yg pelbagai jenis corak.
  • Tidak solat ketika makanan sudah dihidangkan.
  • Tidak solat dengan menahan kentut/buang air
  • Tidak solat saat dikuasai oleh rasa mengantuk.
  • Tidak solat di belakang orang yg bercakap atau orang yg tidur.
  • Tidak mengusap pasir/debu.
  • Tidak menguatkan bacaan sehingga menggangu yg lain.
  • Tidak menoleh dalam solat.
  • Tidak menadahkan pandangan ke langit.
  • Tidak meludah ke arah depan ketika solat.
  • Berusaha menahan keinginan menguap dalam solat.
  • Tidak bercekak pinggang dalam solat.
  • Tidak menjulurkan kain dalam solat.
  • Tidak meniru sikap haiwan.

p/s => marilah kita sama2 berusaha untuk mendapatkan kekhusyukan ketika ber'dating dengan Khaliq yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang. Selamat beramal =>




SUMBER 
buku : cara mengahadirkan diri dalam solat
Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid

No comments:

Post a Comment