sekapur sireh

Wednesday, 27 March 2013

Warna "HIJAU"



Terdapat pelbagai warna yang boleh kita jumpa sekarang. Setiap warna memberi maksud yang tersendiri. Bagi saya sendiri, saya sangat suka warna hijau dan warna-warna yang lembut, tidak terlalu terang dan tidak terlalu pudar... 

        Kebanyakkan benda yang terdapat di sekeliling kita adalah berwarna hijau. Paling ketara sekali ialah tumbuh2an yang mana merupakan ciptaan semulajadi Allah S.W.T.. Warna hijau dapat memberi ketenangan dalam diri seseorang. Mari kita lihat antara simbolik2 warna HIJAU dalam perspektif Islam...
  • Warna hijau merupakan warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semulajadi. 
  • Hijau merupakan salah satu warna kegemaran Rasulullah S.A.W..Kubah Masjid Nabawi juga berwarna hijau. Nabi Muhammad S.A.W. disebut dengan pasti dalam hadith sebagai bersabda bahawa "air, tumbuh2han hijau, dan wajah yang jelita" merupakan 3 benda sejagat yang baik.
  • Selain tu, kebanyakkan warna yang menggambarkan Islam adalah dari tone hijau. Dalam al-Quran juga banyak menerangkannya. 
  • Antaranya seperti, maksud ayat : "Mereka bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani-permaidani yang indah." Surah Ar-Rahman:76.
  • Selain itu, maksud ayat surah al-Kahf: 31 : "Mereka itulah yang memperoleh Syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam syurga itu) mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirehat yang indah."
  • Hijau juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman dan selesa. Jika dilihat dari metodologinya, Islam itu harmoni dan sederhana serta berkembang. Malah yang paling utama, hijau adalah lambang universal tentang cinta. CINTA kita kepada Allah S.W.T. CINTA kita kepada ibu bapa. CINTA kita pada anak2 dan merangkumi semua cinta...
  • Annas bin Malik mengatakan, "Warna yang paling disukai Rasulullah S.A.W. adalah hijau." Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahwa Nabi Muhammad S.A.W. pernah memakai pakaian yang berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran. Wallahua'lam.
selain itu, menurut satu sumber, aura HIJAU---->

"Mengungkapkan kesegaran dan ketenangan. Mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Tetapi keburukannya adalah orang ini tidak sabar terutama ketika mendengar keluhan atau masalah orang lain. Keburukan aura berwarna hijau ialah mereka ini terlalu agresif dan berpandangan bahawa semua orang harus bersetuju dengan pandangannya. Tidak cenderung untuk mengakui sesuatu kesalahan yang telah dibuat. Kebaikannya pula, mereka mempunyai keperibadian yang kuat dan jarang ada orang yang boleh lawan berdebat dengan mereka."

betul ke??? kita renungkanlah bersama.wallahua'lam.

Monday, 18 March 2013




untuk peringatan kita bersama...

hidup ni ibarat roda
kdg2 di atas
kdg2 di bawah
dan ada masanya kita kat atas semula..

ingatlah Allah selalu..
sesungguhnya susah senang kita atas keredhaan Allah S.W.T.
beringatlah bila kita dah senang..
jangan biarkan kita leka dan alpa
beringatlah bila kita susah
ertinya Allah sedang menguji keimanan kita
kesusahan kita
Allah akan gantikan dengan kesenangan
yang kekal abadi kelak...



Wednesday, 6 March 2013

Sepintas Lalu...


Assalamu'alaikum...

Kita berusaha untuk menjadi yang terbaik. Tapi ada ketikanya orang sentiasa akan salah faham dengan setiap tindak - tanduk kita. Betul tak??? Saya mereka ayat2 ni tapi bukan mahir pun nak reka2 kata2.. hanya untuk diri sendiri dan renungan bersama..maafkan segala kekurangan..

sama-sama kita mencari mardhatillah...:) 

aku hanya seorang ....

aku
hanya seorang hamba Allah
seorang insan yang kerdil
terlalu lemah..
sentiasa mengharapkan tarbiah dari-NYA
sentiasa megharapkan hidayah & petunjuk dari-NYA dan 
sentiasa mengharapkan keredhaan dari ALLAH...

aku
hanya seorang anak untuk ibu bapaku
aku bukanlah anak yang cukup baik buat mereka
namun aku berusaha untuk menjadi
anak yang solehah untuk mereka...

aku
hanya seorang pelajar
seorang yang telah diberi peluang oleh-NYA
untuk aku melanjutkan pelajaran...
agar aku dapat membantu keluargaku...
berbakti dan berusaha menggembirakan ibu bapaku...
aku hanya ingin membahagiakan ibu bapaku
demi mencari mardhatillah...

aku
hanya seorang sahabat
seorang teman
seorang kawan
seorang rakan
buat mereka yang sudi berteman denganku..

aku bersyukur dan terima kasih atas kurniaan-NYA...

dan aku juga
hanya mampu berdoa

agar aku mendapat teman yang sentiasa membantu ku
dalam susah mahupun senang..


aku hanya seseorang
yang sentiasa mengharapkan
petunjuk,hidayah dari Allah
mengharapkan kekuatan, kesabaran & ketabahan
aku hanya seseorang yang
sentiasa berdoa agar aku, ibu bapaku, keluargaku,
seluruh muslimin muslimat
menjadi golongan hamba-hamba Allah
yang soleh solehah, beriman dan bertaqwa.
insyaallah..

Allahuakbar...
subhanallah...
alhamdulillahi rabbil 'aalamiin..